Perak Hari Ini

DAP Perak Sudah Jadi ‘Dinasti Nga & Ngeh’ – Thye Yih

IPOH: Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih menggesa agar Nga Kor Ming melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Perak.

Bekas Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri itu berkata tindakan itu harus diambil sekiranya Kor Ming mahu bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan yang dikaitkan ke atas DAP Perak.

“Saya berasa amat kecewa terhadap perkara ini. DAP Perak di bawah pimpinan Kor Ming sudah lari daripada prinsip demokrasi parti yang diamalkan sekian lama.

“Ia sudah menjadi sebagai ‘Dinasti Nga & Ngeh’, yang boleh diibaratkan sebagai pimpinan diktator.

“Oleh itu, saya bersama Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng merasakan inilah masanya untuk kami bersuara demi semangat DAP, iaitu berani bersuara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, tindakan beliau melepaskan jawatan dalam DAP Perak tidak menjejaskan nama parti.

Katanya beliau tetap dengan pendiriannya itu selain menyebut bahawa kenyataan Kor Ming berkaitan perbincangan dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai kedudukan Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong yang menghadapi pertuduhan merogol pembantu rumah, sebagai suatu yang tidak berasas.

“Kor Ming kata akan membawa kes Paul Yong ke majlis PH untuk dibincangkan tentang portfolio Paul Yong. Ini telah jelas membuktikan beliau mempunyai niat yang tertentu, atau ‘ada udang di sebalik batu’.

“Semenjak selepas PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihanraya Umum Ke-14, cara dan tingkah laku beliau adalah amat berlainan.

“Ini menyebabkan ramai antara ahli DAP Perak berasa tidak puas hati terhadap beliau. Oleh kerana ketakutan dan dipinggirkan atau dilucutkan jawatan oleh Kor Ming, maka mereka tidak berani bersuara,” katanya.

Ujarnya berhubung kes Paul Yong, Kor Ming sebelum ini telah menyatakan keyakinannya bahawa Exco kerajaan negeri itu tidak bersalah.

Namun ujar Thye Yih, kini tindakan Adun Aulong tersebut seolah-olah tidak seiring dengan apa yang disebutkannya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");