Sukan Hari Ini

Dollah Tagih Aura Kuartet Harimau Malaya

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh belum dapat mengesahkan sama ada empat pemain skuad itu yang menyarung jersi Harimau Malaya akan bermain pada perlawanan berdepan Perak, Sabtu ini.

Dollah, bekas pemain kebangsaan itu berkata, setakat ini, beliau hanya boleh mengesahkannya sebaik bertemu empat pemain itu di Ipoh nanti.

“Skuad Pahang hanya akan bertemu empat pemain ini di Ipoh dan saya akan menilai prestasi mereka sama ada disenaraikan dalam kesebelasan utama atau tidak.

“Keputusan itu bergantung kepada prestasi selepas mereka mengharungi dua perlawanan bertemu Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Walaupun Pahang sudah mengisi slot ke suku akhir Piala Malaysia saya tetap mahukan keputusan positif apabila bertemu Perak,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Empat pemain terbabit adalah kapten pasukan, Matthew Davies, Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih.

Ditanya status pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani yang turut menyarung jersi negaranya, Dollah berkata, pemain berumur 20 tahun itu sudah berada di Kuantan pada Rabu.

Katanya, Saddil akan bersama rakan sepasukan ke Ipoh tetapi beliau akan menilai tahap kecergasan untuk disenaraikan pada perlawanan itu.

“Misi di Ipoh adalah mengekalkan momentum kemenangan dan diharapkan segalanya menjadi,” katanya.

Dalam Kumpulan C, Pahang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengutip 12 mata daripada empat perlawanan.

Perebutan satu lagi slot antara Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");