Berita Hari Ini

Dr M Jelaskan Kenapa Berhati-hati Tangani Isu Zakir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bukan cara di Malaysia untuk membuang masalah dengan mudah, seperti dalam kes pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.

“Rasa perkauman kini lebih kuat dari sebelumnya, atas sebab apa pun, dan apabila seseorang datang dan mengatakan sesuatu yang bergema dengan pemikiran mereka, walaupun mereka tidak faham, tetapi mereka suka dengannya.

“Mereka fikir lelaki ini (Zakir) adalah seorang pejuang yang hebat dan mereka sukakan dia.

“Sekiranya kita mengambil sebarang tindakan terhadapnya, ini bermakna kita akan menentang kumpulan itu.

“Di Malaysia, kamu perlu berhati-hati dalam menangani perkara ini kerana ia bukan satu perkara yang mudah di mana kamu mendapati ada masalah, kamu ambil dan buangnya.

“Itu bukan cara kita. Kamu buat seperti itu, kamu dapat lebih banyak masalah,” kata Mahathir dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini.

Beliau juga bersetuju terdapat kesan politik sekiranya tindakan diambil terhadap Zakir dan membandingkannya dengan mengendalikan isu sensitif lain seperti sekolah jenis kebangsaan Cina.

Walaupun tidak bersetuju dengan sekolah vernakular kerana melihatnya penghalang kepada perpaduan di Malaysia, Mahathir berkata beliau harus menghormati sensitiviti masyarakat Cina.

“Sebagai contoh, kamu melihat di sisi lain, dengan orang Cina di sini, mereka mahu sekolah-sekolah Cina, tentu saja, ini tidak akan membawa rakyat bersama.

“Ini adalah salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia tidak pergi ke sekolah yang sama, ia tidak bagus.

“Sekolah-sekolah Vernakular bukanlah apa yang kita perlukan di negara ini tetapi kita juga menghormati sensitiviti orang Cina. Kita tidak hanya kata tutup.

“Kita perlu menanganinya dengan cara yang tidak akan menyakiti sensitiviti orang Cina,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");