Perak Hari Ini

Dua Adun DAP Perak Letak Jawatan Dakwa Jawatan Tidak Berfungsi

IPOH- Dua Adun DAP Perak iaitu Adun dari Malim Nawar dan Pokok Assam telah mengisytiharkan secara rasmi melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Perak serta merta.

Bekas Timbalan Bendaharinya, Leong Cheok Keng berkata beliau dan bekas Timbalan Setiausaha yang juga Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih masing-masing tidak berpuas hati dengan tindakan jawatankuasa negeri mengenai status jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu.

“Ada pihak mengatakan bahawa jawatan tersebut (Paul Yong Choo Kiong) akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan Perak tetapi mengapa perkara tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada jawatankuasa DAP terutamanya mengenai isu yang akan dibincangkan.

“Pada pandangan kami, sekiranya jawatan Exco tersebut akan dibincangkan diperingkat tersebut, adalah lebih baik dibincangkan terlebih dahulu diperingkat jawatankuasa DAP Perak kerana berikut adalah cadangan dari jawatankuasa negeri Perak.

“Sekiranya kedudukan beliau diisytiharkan oleh Menteri Besar Perak sebagai tidak terjejas disebabkan kes rogol berkenaan, maka sebenarnya kedudukan beliau tidak perlu dipinjamkan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Namun begitu katanya, kedua-duanya mereka masih kekal sebagai Adun dan bertindak sebagai ahli DAP.

Tegas beliau lagi, jikalau ada keputusan dari pihak DAP yang perlu dibincangkan bersama jawatankuasa negeri tetapi ianya tidak dimaklumkan, perkara tersebut seolah-olah jawatankuasa negeri tiada peranan.

“Tidak berguna jika kami masih memegang jawatan tersebut tetapi langsung tidak berfungsi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa jawatan Paul Yong sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu akan dibincangkan oleh PH Perak dan kedudukan jawatan tersebut akan diumumkan kelak.

Menurut beliau, pada pilihan pusingan kedua memilih Jawatankuasa Kerja, semua jawatan ditentukan oleh Nga Kor Ming, dan bukanlah melalui pilihan setiap jawatan bergilir-gilir menurut perlembagaan parti menyebabkan mereka berasa jawatankuasa tersebut yang tidak sah, termasuk pengerusi DAP Perak.

“Saya berasa ini bukan lagi Democratic Action Parti, manakala di bawah naungan Nga Kor Ming, sudah menjadi ‘Dictator Actor Parti’.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");