Perak Hari Ini

Elak Sebarang Aktiviti Pembakaran

IPOH- Ekoran bencana jerebu yang melanda tanah air, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi panduan yang telah ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, orang ramai perlu mematuhi nasihat dan panduan daripada pihak-pihak berkaitan bagi mengelakkan komplikasi kesihatan, terutama sekali bagi mereka yang berada dalam kumpulan berisiko.

“Tindakan ini adalah untuk mengelakkan kompilkasi kesihatan, khususnya dengan mengehadkan aktiviti luar.

“Kerajaan negeri dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard Penutupan Sekolah Berikutan Bencana Jerebu sebagai panduan dan rujukan pihak sekolah dan ibubapa serta waris pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Faizal turut menggesa agar sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan dielakkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa yang sentiasa dikemaskini di laman web http://apims.doe.gov.my,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");