Perak Hari Ini

Farhash Tidak Sepatutnya Meracun Konflik Dalaman Sesama PH

IPOH- Exco Armada Nasional Bersatu, Muzzammil Ismail menuntut agar Dato Seri Anwar Ibrahim memanggil dan memberi amaran kepada Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador supaya tidak bertindak membelakangi parti.

Katanya, sekarang adalah masa mengatur dan menyusun parti bukan kepentingan peribadi.

Tegas beliau, Farhash seharusnya tidak bertindak secara terburu-buru dengan meletakkan semua perkara tanpa perbincangan di dalam media.

“Ini suatu tindakan yang boleh meranapkan persepakatan dalam PH Perak.

“Jangan tembak kaki sendiri, jangan bentes (sepak-menyepak) kaki sendiri, jangan sepak kaki kawan bagi memastikan kejayaan diri sendiri.

“Jika ada masalah selesaikanlah secara profesional dan matang dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Farhash dimana beliau seolah-olah mempunya agenda terancang tertentu untuk menjatuhkan kerajaan hari ini dengan membuat dakwaan jahat sedemikian.

“Perkara ini serius dan perlu dipertimbangkan sebagai prejudis dan fitnah yang berat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");