Perak Hari Ini

Hampir 100 Sertai Kejohanan Terbuka Badminton Piala Harapan 2019

IPOH: Hampir 100 orang peserta telah menyertai acara Kejohanan Terbuka Badminton Piala Harapan 2019 yang berlangsung di HTS Ipoh Badminton Arena, di sini pada Ahad.

Acara tersebut merupakan anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng.

Menerusi satu kenyataan, penganjuran kejohanan sukan tersebut melibatkan dua kategori iaitu kategori beregu lelaki novis dan kategori beregu lelaki veteran.

“Sebanyak 40 pasukan bagi kategori Novis yang melibat 80 orang peserta telah menyertai kejohanan ini dan bagi kategori Veteran, pula menyaksikan sebanyak 18 pasukan yang melibat 36 orang peserta.

“Peserta yang menyertai kejohanan ini adalah terdiri daripada pasukan semi-pro dan kebanyakannya datang dari seluruh negeri antaranya Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya di sini, hari ini.

Katanya lagi, para pemenang Kejohanan Terbuka Badminton Piala Harapan 2019 telah berjaya membawa pulang trofi kejuaraan serta wang tunai RM4,300.

Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan Ahli Parlimen Gopeng, merangkap Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Selain itu, Pengerusi PUBI Perak Sharul Baha Abd Rahman berkata beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan Boon Chye terhadap penganjuran kejohanan tersebut.

“Saya berharap dengan penganjuran kejohanan badminton seperti ini akan menyemarakkan lagi sukan badminton di negara kita dan dapat melahirkan bintang yang ternama seperti Datuk Lee Choong Wei,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");