Berita Hari Ini

Harga RON97 Naik 14 Sen, RON95, Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 27 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik 14 sen iaitu daripada RM2.53 kepada RM2.67 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 dan RM2.32 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel yang berada pada paras
RM2.29 seliter.

“Kenaikan harga minyak dunia dipercayai adalah ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 September lalu yang telah menjejaskan pengeluaran dan pengeksportan minyak negara tersebut,” katanya di sini, lapor Kosmo Online hari ini

Bagaimanapun Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga minyak berikutan kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung bagi tempoh 21 September sehingga 27 September adalah berjumlah RM123.16 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM102.77 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM20.39 juta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");