Berita Hari Ini

Inkues Adib: Ummah Anjur Perhimpunan Di Mahkamah Esok

NGO Ummah menganjurkan perhimpunan di kompleks Mahkamah Shah Alam esok, sempena keputusan Mahkamah Koroner dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ia akan diadakan pada jam 9 pagi, menurut poster acara.

Sementara itu, Pemuda PAS juga memberitahu media mereka akan hadir ke mahkamah dan mengadakan sidang media selepas keputusan inkues diumumkan.

Mahkamah Koroner telah melengkapkan inkues berhubung kematian Adib pada 24 Julai selepas memanggil 30 saksi dalam pendengaran selama 41 hari.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 17 Disember 2018 susulan kecederaan semasa rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelum itu.

Inkues dijalankan selepas terdapat dua versi bercanggah berkaitan punca kematiannya.

Satu versi mendakwa dia dilanggar kenderaan dan satu lagi versi berkata dia dipukul oleh orang ramai yang berhimpun.

Pakar-pakar dipanggil juga memberikan pandangan bercanggah.

Saksi di tempat kejadian ketika rusuhan turut dipanggil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");