Perak Hari Ini

Insiden Di Gelora Bung Karno Cemar Semangat Kesukanan

IPOH- Insiden serangan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno keatas penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia, malam tadi, dianggap mencemarkan semangat kesukanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau berasa kesal diatas kejadian tersebut kerana sukan seharusnya menjadi salah satu elemen penyatuan bukannya perpecahan.

“Saya berasa kesal apabila sukan bukan lagi instrumen penyatuan malah telah menjadi punca perpecahan, kemusnahan dan pelbagai kemungkaran, pergaduhan antara penyokong, rasuah dikalangan pegawai dan pemain serta banyak lagi perkara negatif.

“Kejadian membaling batu ketika para peminat Malaysia tiba di stadium, ketika perlawanan berlangsung dan melarat hingga ke selepas perlawanan tamat, adalah tindakan yang sama sekali tidak dapat diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, perkara tersebut seharusnya mesti dibendung malahan para pemain yang dikagumi peminat juga perlu memainkan peranan masing-masing.

Harapan beliau, semoga setiap penyokong Malaysia terpelihara keselamatan mereka dan mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat kelak.

Malam tadi, pasukan bola sepak Malaysia bangkit menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");