Berita Hari Ini
Like

Jais tahan lebih 20 pengikut Syiah di Gombak

September 7, 2019
520 Views
0 Comments
1 minute read
Jais tahan lebih 20 pengikut Syiah di Gombak

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan lebih 20 individu termasuk wanita dan kanak-kanak yang disyaki pengikut Syiah dalam serbuan di Gombak malam tadi.

Individu-individu berkenaan dikatakan berkumpul di sebuah rumah kedai bagi memperingati Pertempuran Karbala menjelang Hari Ashura yang jatuh pada 9 September tahun ini.

Sumber yang mengesahkan penahanan berkenaan memaklumkan bahawa individu-individu yang ditahan dibebaskan awal pagi tadi.

Aktivis Syiah memaklumkan Malaysiakini bahawa serbuan seumpamanya sering terjadi.

“(Serbuan) dibuat hampir setiap tahun. Komuniti Syiah ada sambutan setiap tahun antara 1 hingga 10 Muharram.

“Jadi sudah setiap tahun Jais akan buat serbuan. Kami anggap ia sebagai satu bentuk gangguan. Kami boleh nampak ia adalah ugutan.

“Mujur setakat ini walaupun ada penahanan, tak ada yang kena dakwa,” katanya.

Seorang lagi aktivis Syiah berkata dia menjangkakan individu-individu berkenaan akan dipanggil semula untuk soal siasat.

“Jais biasanya akan panggil balik untuk siasat. Tapi lepas itu tak dakwa pun. Cuma dia bagi amaran,” katanya.”

Mazhab Syiah yang mempunyai ramai pengikut di nagara seperti Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan Yaman dan Pakistan, adalah cabang Islam kedua terbesar di dunia.

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memutuskan bahawa semua jenis ajaran Syiah sesat.

Komen & Pendapat

Comments are closed.