Perak Hari Ini

Jenazah Mejar Mohd Zahir Selamat Dikebumikan.

IPOH:Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, di sini kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Pengkebumian tersebut dilakukan mengikut istiadat pengkebumian Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM).

Bacaan talkin disempurnakan Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.

Selesai bacaan talkin bapa Allahyarham yang juga pelakon dan pelawak terkenal AR Badul atau Armaya Aman Ramlie dan isteri arwah, Nour Shafinar Harun serta anak-anak menyiram air dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Nour Shafinar kemudian turut menerima Jalur Gemilang yang disampaikan Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus.

Allahyarham, 36, merupakan pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas yang meninggal dunia terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kwi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Terdahulu, jenazah tiba di rumah ibu mertuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, kira-kira 5.45 pagi dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat Subuh.

Ratusan pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, saudara mara serta kenalan Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Menteri Besar Perak , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim juga hadir kira-kira jam 6.45 pagi serta meluangkan masa sekitar 10 minit untuk menunaikan Solat Jenazah serta bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga Allahyarham.

Mohd Zahir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada ?jam 9.20? pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nour Shafinar Harun, 31, dan lima orang anak berusia antara sembilan tahun hingga lima bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");