Berita Hari Ini

Jerebu: Anwar Nasihat Warga Port Dickson Had Aktiviti Luar

SEREMBAN – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan penduduk di daerah berkenaan menghadkan aktiviti di luar premis ekoran bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sangat tidak sihat.

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada mereka yang bekerja.

“Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan kanak-kanak harus dikurangkan sehingga jerebu kembali pulih.

“Orang ramai juga disaran menggunakan topeng muka yang sesuai untuk mengurangkan kesan kepada kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor Bernama.

Anwar berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson pada tengah hari ini akan juga mengedarkan topeng muka N95 kepada orang ramai.

Setakat pukul 10 pagi ini, dua daerah di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Port Dickson dan Nilai.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Port Dickson merekodkan bacaan IPU 213, Nilai (205), manakala Seremban (177).

Setakat ini, 63 sekolah di Port Dickson ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu melebihi 200.

Di Nilai, setakat ini menurut Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Pkharuddin Ghazali, sesi persekolahan di sebelah pagi berjalan seperti biasa manakala sesi pembelajaran di sebelah petang, ditutup.

“Bagaimana pun, ibu bapa dibenarkan mengambil anak mereka,” katanya kepada Bernama.

Sebanyak sembilan sekolah di Nilai ditutup untuk sesi petang, menjadikan kesemuanya 72 sekolah ditutup di negeri ini setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");