Perak Hari Ini

Jerebu: Bacaan IPU Tidak Sihat Di Manjung

IPOH: Daerah Manjung menunjukkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan laman sesawang http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU pada jam itu di daerah Manjung ialah 124.

Bacaan IPU di daerah tersebut menunjukkan aliran peningkatan bermula pada jam 1 pagi awal hari ini iaitu 103, bacaan IPU 110 pada jam 3 pagi, 117 (5 pagi), 121 (7 pagi) dan IPU 123 pada jam 9 pagi.

Pada 3 September lalu daerah sama telah mencatatkan bacaan IPU 115.

Sementara itu bacaan IPU di empat daerah lain menunjukkan bacaan sederhana.

Dalam tempoh sama, stesen di Tasek mencatatkan IPU 95, sementara di Taiping mencatatkan bacaan 94.

Bagi bacaan di stesen di Pegoh dan Tanjung Malim masing-masing mencatatkan IPU 88 dan 81.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan IPU semasa sama ada melalui aplikasi MyIPU menerusi telefon pintar atau menerusi laman sesawang APIMS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");