Perak Hari Ini

Jerebu: Bee Yin Bidas Kenyataan Ketua Pemuda MCA

SERI ISKANDAR – Yeo Bee Yin membidas kenyataan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong yang mendakwa bahawa beliau tidak layak menduduki kerusi jawatan sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Nicole mendakwa ia kerana Bee Yin dilihat gagal menangani masalah jerebu yang melada negara selain mendakwa akan berlaku konflik kepentingan kerana suami Bee Yun turut mempunyai anak syarikat perladangan kelapa sawit di Indonesia yang juga menjadi punca kepada pencemaran tersebut.

Bee Yin berkata sekiranya ia benar, ia tidak berlaku konflik kepetingan seperti yang didakwa kerana ladang tersebut berada di Indonesia.

“Kerajaan Indonesia boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang selepas siasatan, mengikut undang-undang Indonesia.

“Saya pula, seorang menteri di Malaysia,” katanya.

Ujarnya masalah jerebu yang melanda negara bukanlah yang pertama kali berlaku selain menyeru agar pihak pembangkang dapat mengememukakan sebarang cadangan yang konstruktif berhubung isu berkenaan.

“Saya harap pembangkang boleh berikan cadangan yang konstruktif dari segi apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini pada masa hadapn.

“Masalah jerebu ini adalah masalah yang setiap tahun. Bukan tahun ini sahaja baru berlaku.

“Sebab itu saya tegaskan sekali lagi agar mana-mana pihak dapat berikan cadangan konstruktif dan jika ia baik, kita akan menerima serta akan membuat cadangan itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Eksplorasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di Universiti Teknologi Petronas, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");