Perak Hari Ini

Jerebu: Dua Kawasan Di Perak Catat IPU Tidak Sihat

IPOH: Dua stesen di Perak mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1 petang, hari ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan laman sesawang http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara tidak sihat dicatatkan di stesen di Tasek, Ipoh dan Seri Manjung.

Bacaan IPU di Tasek menunjukkan aliran peningkatan bermula pada jam 4 pagi awal hari ini iaitu bacaan IPU 102, meningkat kepada bacaan IPU 103 sehingga jam 9 pagi dan seterusnya bacaan IPU 105 pada jam 1 petang.

Sementara itu, bacaan IPU tidak sihat masih kekal di Seri Manjung sejak semalam.

Stesen di Seri Manjung pada jam 12 tengah hari pada Rabu menunjukkan kualiti udara tidak sihat pada bacaan 124 manakala dalam tempoh sama pada hari ini ia mencatatkan IPU 146, sebelum meningkat kepada 148 pada jam 1 petang.

Sementara itu bacaan IPU di tiga daerah lain menunjukkan bacaan sederhana.

Sehingga jam 1 petang tadi, stesen di Taiping mencatatkan IPU 94, sementara di Pegoh, Ipoh dan di Tanjung Malim masing-masing mencatatkan bacaan IPU 92 dan 91.

Untuk rekod, bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");