Perak Hari Ini

Jerebu: Manjung Catat IPU Sangat Tidak Sihat, Ipoh Tidak Sihat

IPOH: Daerah Manjung menunjukkan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat jam 1 petang tadi.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan laman sesawang http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di kawasan tersebut ialah 208.

Bacaan IPU di daerah tersebut menunjukkan aliran peningkatan bermula pada jam 12 pagi awal hari ini iaitu 111, kepada IPU 148 pada jam 4 pagi dan IPU 197 pada jam 11 pagi.

Sementara itu bacaan IPU di Ipoh pula menunjukkan bacaan IPU tidak sihat yang mana stesen di Tasek dan Pegoh masing-masing mencatatkan bacaan IPU 106 dan 107, dalam tempoh yang sama.

Bagi bacaan di stesen di Taiping dan Tanjung Malim masing-masing berada pada tahap kualiti udara sederhana yang mana mencatatkan IPU 96 dan 82.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");