Perak Hari Ini

JPJ Perak Lelong 105 Kenderaan

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengadakan lelongan awam bagi 105 kenderaan pelbagai jenis pada 25 September ini pada jam 9 pagi di JPJ Perak, di sini.

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata antara jenis kenderaan yang terlibat ialah 20 motosikal, 81 kereta tiga buah van dan sebuah lori.

“Kenderaan-kenderaan ini akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam bermula hari ini sehingga 20 September ini.

“Masa lawatan bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang,” katanya dalam satu sidang media di JPJ Perak,  di sini, hari ini.

Dalam pada itu ujarnya hanya mereka dokumen pelelongan sahaja boleh mengadakan lawatan tersebut dan orang ramai yang berminat boleh membelinya dengan harga RM70 sehingga 24 September.

“Lelongan ini merupakan siri kedua yang JPJ Perak lakukan. Hanya mereka yang mempunyai dokumen tersebut akan mempunyai nombor untuk melakukan bidaan.

“Dan mereka juga sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke kandang sitaan kenderaan JPJ bagi mengadakan lawatan awam

“Ia boleh didapati di bahagian kewangan JPJ dan sila sertakan kad pengenalan untuk tujuan urusan tersebut,” katanya.

Jelasnya, dalam dokumen tersebut turut disertakan beberapa maklumat lain seperti nama senarai jenis kenderaan dan harga yang dipaparkan bagi kesemua kenderaan yang dilelong.

Tambahnya lagi, antara jenis kenderaan yang terlibat ialah Toyota Wish, Toyota Estima, dan BMW 5 Siri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");