Berita Hari Ini

Kempen Boikot Produk Boleh Timbul Isu Antara Kaum – Anwar

KUALA LUMPUR : Kempen memboikot barangan bukan Islam merupakan satu langkah yang tidak sihat dan boleh menimbulkan pertengkaran serta isu antara kaum.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, adalah penting untuk umat Islam mengeluarkan produk yang memudahkan umat Islam sekali gus diterima oleh semua kaum.

“Kalau mahu mempromosikan produk halal, itu boleh diterima, namun ia tindakan tidak sihat jika mahu promosi kempen yang boleh menimbulkan pertengkaran dan isu antara kaum.

“Tetapi, ada juga barang-barang yang diperlukan oleh muslim, tetapi dihasilkan oleh orang Cina dan ia halal.

“Jadi, konotasi perkauman yang digunakan dalam kempen sebegini tidak sihat dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas ucaptama Majlis Antarabangsa untuk Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara (ICHCC-SEA) dengan Persatuan Sejarah Malaysia di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) pada Selasa.

Akhir-akhir ini terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran bukan Islam dan membeli produk keluaran Bumiputera.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan tidak bersetuju dengan gerakan memboikot itu dan menyifatkan perkara berkenaan hanya dilakukan oleh mereka yang berfikiran cetek.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, gerakan memboikot produk keluaran bukan Bumiputera tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sesiapa, kata

Katanya, rakyat Malaysia seharusnya meraikan kepelbagaian masyarakat dan memanfaatkan kekuatan bersama, terutamanya dalam soal ekonomi lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");