Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Agih Kad Kebajikan Kepada Bekas Atlet Perak

IPOH- Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modan Insan melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak telah mewujudkan Unit Kebajikan Bekas Atlet bagi memastikan kebajikan para atlet di negeri ini terus diberikan perhatian sewajarnya.

Exconya Howard Lee Chuan How berkata, pada hari ini, dua orang bekas atlet telah diserahkan Kad Kebajikan Bekas Atlet Negeri Perak yang bernilai RM1,000 di mana kad berkenaan mempunyai kelebihan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital dan dari segi keperluan.

Namun begitu kata Howard, bagi mendapatkan maklumat bekas atlet yang ingin dibantu secara keseluruhan, ianya tidak dapat diakses secara automatik melainkan persatuan sendiri terlibat dalam memberikan maklumat terperinci mereka bekas atlet tersebut.

“Kerajaan negeri hari ini mengumpulkan pucuk pimpinan persatuan kerana hanya pihak mereka yang mempunyai maklumat keseluruhan berkenaan dengan bekas-bekas atlet yang pernah menyumbang kepada negeri dan negara dimana kebarangkalian mereka kini memerlukan bantuan.

“Cabaran ini diambil untuk membantu mereka yang memerlukan dengan beberapa syarat kelayakan syarat iaitu bekas atlet perlulah pernah mewakil negeri di peringkat SUKMA dan keatas, seterusnya menjadi ahli persatuan atau disenaraikan oleh pihak persatuan dan akhir sekali permohonan tersebut perlulah diikuti dengan keperluan bekas atlet tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan semasa program Sports Executive Talk dengan tema utama merencana hala tuju pembangunan sukan secara menyeluruh di negeri ini di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan, di sini, hari ini.

Kewujudan Unit Kebajikan Bekas Atlet adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negeri Perak malahan usaha tersebut akan terus diperkasa bagi memastikan kebajikan atlet negeri ini terus diberikan perhatian sewajarnya.

Katanya, bantuan ini akan bermula bila-bila masa sahaja sama ada dari segi makanan dan kesihatan tetapi sebelum ini bantuan dari segi kecemasan juga juga telah mencatat hampir RM40,000 pemohonan.

“Jika ada keperluan untuk diberikan secara bulanan akan diperlahulusi perkara tersebut,” katanya.

Selain itu kata Howard, program pada hari ini adalah untuk menetapkan destinasi sukan secara bersama-sama melalui visi yang jelas disamping untuk mendapat persetujuan pihak persatuan dalam strategi mara kedepan dan menjadi pemangkin kepada semua usaha.

“Jika libat urus tidak diuruskan secara mantap, akan terdapat banyak perkara yang tidak akan dapat diselesaikan khususnya kemenangan dan kecemerlangan oleh atlet,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata sebanyak dua peruntukan khas telah diluluskan iaitu salah satunya sebanyak RM117,000 iaitu Dana Pemerkasaan Sukan Peringkat Daerah yang diberikan bertujuan sebagai pemerkasaan kesemua 12 daerah di mana setiap daerah akan mendapat dana sebanyak RM3,000.

“Permohonan dana tersebut terbuka kepada penganjur semua jenis sukan dan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di peringkat akar umbi.

“Perkara ini akan menyelesaikan masalah yang berlaku terhadap libat urus akar umbi malahan ia akan menjadi rebutan kelab dan persatuan di peringkat daerah juga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM245,00 kepada kesemua 49 buah persatuan sukan yang mana akan diagihkan secara serta merta melalui MSN Perak untuk meningkatkan kecekapan pengurusan persatuan sukan berkenaan yang mana akan menjadi peruntukan tetap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");