Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Hulur Sumbangan RM25,000 Kepada Isteri Mejar Mohd Zahir

IPOH – Kerajaan Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada isteri Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu telah meluluskan peruntukan berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar Allahyarham dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 
“Biarpun sumbangan ini tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui oleh balu Mejar Mohd Zahir, ia diharap sedikit-sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.
 
“Kerajaan negeri mendoakan semoga Nour Shafinar Harun terus dikurniakan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang amat sukar ini,” kata kenyataan tersebut, di sini hari ini.

Difahamkan sumbangan tersebut akan diserahkan Nour Shafinar, 31 pada esok.
 
Dalam pada itu, kenyataan turut menyebut bahawa kerajaan negeri juga bersedia menghulurkan bantuan susulan bagi mengurangkan bebanan isteri Allahyarham dalam membesarkan kesemua anaknya.
 
Allahyarham Mohd Zahir yang juga anak kepada pelakon dan pelawak terkenal AR Badul meninggal dunia Rabu lalu selepas terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");