Berita Hari Ini

Kerjasama UMNO-PAS Sekadar Gimik Politik – Zuraida

GEORGETOWN: Pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dengan PAS, Sabtu lalu, disifatkan sekadar gimik politik dan langsung tidak memberi kesan terhadap PKR.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata sehubungan itu, tiada yang perlu dibimbangkan berhubung kerjasama kedua-dua parti itu.

“Pada saya, ia (kerjasama UMNO-PAS) hanya gimik politik. Kalau hendak kata ahli akar umbi Melayu sudah bersatu, dalam PKR pun ada Melayu, Cina yang duduk bersama di kedai kopi.

“Justeru, tiada yang saya perlu risaukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Jelutong, Bagan dan Tanjung di sebuah hotel dekat Tanjong Tokong, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai isu membabitkan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, setiap parti ada masalah tersendiri seperti juga UMNO serta PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata, PKR menjadi tumpuan kerana masalah itu diketahui umum dan sudah tentu ramai pihak cuba mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

“Saya tetap dengan pendirian untuk bertemu Anwar dan berharap masih diberi peluang berbuat demikian demi kebaikan parti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Zuraida mendedahkan, permintaan untuk bertemu Anwar tidak dilayan Presiden PKR itu, menjadi antara punca beliau dan beberapa pemimpin parti tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");