Perak Hari Ini

Kes Rogol Exco, Bicara Kes Bermula 11 November

IPOH- Kes rogol warga Indonesia melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak Paul Yong Choo Kiong telah ditetapkan tarikh perbicaraan iaitu selama lima hari bermula 11 hingga 15 November depan.

Mewakili Peguamnya, Ram Karpal Singh Farhan Sapian berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa dokumen saintifik dan forensik dari pihak pendakwaan.

“Pihak kami baru sahaja diserahkan dengan beberapa dokumen oleh pihak pendakwaan yang mana mereka berniat untuk menggunapakai dalam perbicaraan tersebut pada pagi ini.

“Pihak kami memerlukan sedikit masa untuk menyediakan anak guam malahan kami telah bersedia untuk menjalankan perbicaraan ini dengan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Seksyen pagi ini.

Terdahulu ketika prosiding bermula, Ram Karpal turut meminta mahkamah untuk menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula berikutan pihaknya baru menerima 47 dokumen forensik dan saintifik sebelum prosiding bermula.

“Sekiranya kami tidak menyelesaikan kes ini dalam masa lima hari, pihak kami akan memohon agar tarikh perbicaraan disambung dan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin selepas itu.

“Walaupun pihak tertentu tidak memberi bekerjasama dengan penyiasatan terhadap laporan tertentu, notis telah kami terima.

“Tiada petunjuk atau kerjasama dari mana-mana pihak tetapi perkara yang kami bimbang adalah jika mereka mahu meneruskan, sila maklumkan notis yang diperlukan dan kami akan berada di sana,” katanya.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu semasa sebutan semula kes itu dihadapannya hari ini.

Pada 23 Ogos lepas, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas kesalahan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh dibarisi peguam Leong Cheok Keng, RSN Rayer, Ram Karpal Singh Farhan Sapian.

Dalam pada itu menurut Azhar Mokhtar, terdapat seramai 24 orang saksi yang terlibat telah dipanggil.

Namun begitu kata Peguam Pemerhati Mangsa, Gabriel Susayan, pihaknya menerima laporan dimana telah wujud unsur politik terhadap kes ini dan mangsa berkemungkinan adalah mainan terhadap kepentingan politik tersebut.

Terdahulu, Paul Yong telah didakwa merogol seorang wanita warga Indonesia di Bandar Meru Raya sekitar jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Tertuduh memakai sut biru gelap tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan disambut penyokongnya dan pemimpin DAP, PKR Perak yang dilihat menunggu seawal jam 8 pagi.

Galeri awam mahkamah juga dipenuhi wakil media, penyokong dan pemimpin DAP Perak untuk mengikuti prosiding itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");