Berita Hari Ini

Khazanah Akan Jual Semua Kepentingan Dalam Lebuhraya Bertol di Indonesia

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan menjual keseluruhan kepentingannya dalam lebuh raya bertol Cikopo-Palimanan (Cipali), satu daripada lebuh raya bertol terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB).

CPPIB dan rakan kongsinya, PT Baskhara Utama Sedaya (BUS), akan bersama-sama mengambil alih 55 peratus kepentingan dalam PT Lintas Marga Sedaya (LMS), ketika ini dipegang oleh PLUS Expressways International Bhd – anak syarikat UEM Group, yang kesudahannya menjadi milik penuh Khazanah, menurut dana pencen Kanada itu.

LMS ialah pemegang konsesi dan pengendali lebuh raya bertol Cipali.

Dalam kenyataannya, CPPIB berkata transaksi berkenaan dijangka selesai pada suku keempat tahun ini, tertakluk kepada syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan pengawalseliaan.

Sepanjang 117km, lebuh raya bertol Cipali adalah lebuh raya bertol terpanjang yang beroperasi di Indonesia dan merupakan hubungan penting dalam rangkaian pengangkutan di Pulau Jawa, dan sebahagian daripada rangkaian Lebuhraya Bertol Trans Jawa.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");