Perak Hari Ini
Like

KPLB Lancar U.n.i Farmasi Kepada Usahawan

September 13, 2019
422 Views
0 Comments
3 minutes read
KPLB Lancar U.n.i Farmasi Kepada Usahawan

IPOH- Selepas kejayaan perlaksanaan U.n.i Klinik (You and I Clinic) MARA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berhasrat meneruskan kesinambungan tersebut dengan inisiatif U.n.i Farmasi kepada para usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini pihaknya menyasarkan sebanyak 10 buah U.n.i Farmasi pada peringkat permulaan dimana prosedur perlaksanaannya adalah sama seperti inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) terdahulu.

“Kepada mana-mana ahli farmasi yang berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri, inisiatif ini sedang dibuka dan saya dimaklumkan bahawa kini sedang berlangsungnya sesi taklimat dan sesi temuduga.

“Kepada ahli farmasi yang berminat untuk menjadi usahawan boleh melayari laman sesawang MARA atau terus ke kaunter MARA yang dibuka di RTC Gopeng selama tiga hari ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Memacu Ekosistem Rangkaian dan Capaian Usahawan (MERCU) bertemakan Aspirasi Keusahawanan Bumiputera di RTC Gopeng, di sini, hari ini.

U.n.i Klinik merupakan satu Program Pembangunan Usahawan Profesional atau (ProSPEC) 2018 dalam bidang perubatan yang mana telah melahirkan seramai 20 usahawan professional dengan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan.

Katanya lagi, usaha untuk membuka U.n.i Farmasi sedang giat dilaksanakan oleh pihak MARA.

“Pemberian pembiayaan akan diberikan selepas individu yang berminat dan berkelayakan mengikuti kursus yang disediakan oleh pihak MARA yang mana jumlahnya bernilai kira-kira RM300,000 secara keseluruhan,” katanya.

Jelas Rina, pemilihan tersebut bukannya dilaksankan secara tergesa-gesa dimana perlaksanaan penyaringan tersebut diikuti dengan beberapa peringkat pemilihan iaitu seminar berserta kursus.

“Penyediaan ini dilakukan kerana pada masa akan datang tentu berlakunya perubahan dari segi seorang ahli farmasi kepada ushawan farmasi.

“Perkara ini dilihat dapat memberikan peluang kepada ahli farmasi untuk terus berkhidmat dan tidak bergantung kepada penempatan di hospital atau klinik kerajaan, sebaliknya mereka bakal memiliki perniagaan sendiri,” katanya.

Tambah beliau lagi, jika inisiatif tersebut tidak dilaksanakan pada tahun ini, ia tetap akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain katanya, perlaksanaan program MERCU pada kali ini diberi penambahbaikan iaitu dari segi pembayaran e-wallet yang mana diketengahkan bagi memudahkan usahawan melaksanakan transaksi.

“MARA telah menetapkan elemen penbayaran tanpa tunai menggunakan MARAeps E-Wallet melalui subsidiari MARA bersama MayBank QR Pay.

“Semua kemudahan MARA seperti bayaran pembiayaan perniagaan, bayaran sewa permis dan yuran kursus usahawan dapat dilakukan secara atas talian disampingkan memudahkan para usahawan,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.