Sukan Hari Ini

Lang Merah Tempang Layan Negeri Sembilan

KEDAH yang kini mendahului Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia kehilangan dua tonggak bagi meneruskan aksi terakhir menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, malam esok.

Menurut ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, dua pemain berkenaan ialah pertahanan dari Brazil Renan Alves dan pemain tengah dari Kyrgyzstan, Edgar Bernardt yang masing-masing menjalani penggantungan perlawanan dan kecederaan.

“Renan menerima kad kuning ketiga ketika menentang Terengganu Jumaat lalu dan tidak dapat beraksi satu perlawanan manakala Edgar pula mengalami kecederaan kaki dan kini dalam proses pemulihan.”

“Di sebalik kekurangan ini, pemain harus bangkit dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan sebagai satu pasukan untuk memastikan perancangan memburu kemenangan di laman sendiri berjalan lancar.”

“Dalam masa sama kami juga harus lebih waspada dengan kemenangan dua kali berturut-turut Negeri Sembilan yang jelas memberi amaran mereka mampu melakukan kejutan kepada mana-mana pasukan.

“Perjuangan dalam kumpulan juga belum berakhir di mana kita ada satu lagi perlawanan malam esok yang akan menentukan siapa juara Kumpulan A,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");