Perak Hari Ini

Laporan Itu Dibuat Atas Nama Adik, Namun Saya Sedia Beri Kerjasama – Farhash

IPOH: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung satu insiden pergaduhan di Ampang pada Sabtu lalu yang didakwa membabitkan dirinya.

Walau bagaimanapun menurutnya laporan polis yang berkaitan dengan insiden tersebut adalah dibuat atas nama adiknya.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan berkenan insiden yang berlaku pada 31 Ogos 2019 di Ampang.

“Laporan polis itu dibuat ke atas nama adik saya, namun saya bersedia memberi kerjasama yang sepenuhnya sekiranya diperlukan.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua yang mana pengadu dalam laporan tersebut pernah cuba untuk merogol dan mencabul kehormatan isteri saya pada dua tahun lalu.

“Dia pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas cubaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat meminta Farhash untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Sabtu lalu.

Menurut Fadzil pengadu telah diserang 10 lelaki di kawasan tempat letak motosikal kompleks berkenaan dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

Katanya, mangsa telah mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di anggota badan dan sakit pada bahagian kemaluan.

Terdahulu, Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan telah menafi satu mesej yang telah mengaitkan beliau dalam insiden tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");