Berita Hari Ini

Lelaki Dicekup Ketika Mahu Curi Kereta

KOTA BHARU – Seorang lelaki dicekup ketika cuba mencuri sebuah kereta jenis Proton Wira di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Lembah Sireh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, suspek berusia 36 tahun turut diikat ditiang tempat meletak kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum itu seorang pengawal keselamatan sedang membuat rondaan di kawasan letak kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudian menuju ke sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah dan pada masa sama pengawal keselamatan terus menghubungi pihak polis.

“Seterusnya pengawal keselamatan bersama rakan sekerjanya pergi ke kereta itu dan menahan suspek serta berlaku pergelutan antara mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata, pada masa sama pengawal keselamatan meminta pertolongan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu.

“Pihak polis tiba dan suspek diserahkan kepada anggota kita pada pukul 5 petang. Suspek yang juga positif dadah kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga merampas sebatang besi yang telah diubah suai untuk digunakan mencuri kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai kesalahan rekod lampau berkait kesalahan jenayah dan dadah.

“Manakala kenderaan itu pula adalah milik seorang penuntut perempuan yang meletakkannya di situ dalam keadaan baik dan berkunci sejak pukul 12.30 tengah hari dan pulang ke rumah sewa di Lembah Sireh,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menyarankan orang ramai supaya menggunakan kunci tambahan apabila meninggalkan kenderaan masing-masing terutama kenderaan model lama yang menjadi sasaran penjenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");