Sukan Hari Ini
Like

Liverpool Penipu – Fekir

September 10, 2019
381 Views
0 Comments
2 minutes read
Liverpool Penipu – Fekir

LONDON: Pemain Perancis, Nabil Fekir mendakwa spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Liverpool bernilai £53 juta (RM272.39 juta) pada musim panas 2018 sebagai ‘pembohongan’.

Selepas memenangi Piala Dunia di Russia, Fekir kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield malah pada satu ketika dilihat berkunjung ke England sebelum ia gagal berikutan kebimbangan membabitkan kecergasannya.

Liverpool mendakwa pembelian Fekir dianggap sebagai berisiko selepas pemain itu baru saja pulih daripada kecederaan lutut yang serius.

Selepas melengkapkan perpindahan bernilai £22 juta (RM113.07 juta) ke Real Betis musim ini, pemain berusia 26 tahun itu mempersoalkan motif sebenar Liverpool sambil mendakwa dia sendiri tidak mengetahui mengapa perpindahan itu gagal dilaksanakan.

“Ada begitu banyak penipuan yang disebut dan ia mengganggu saya,” kata Fekir. “Terutama yang diberitahu membabitkan keluarga saya. Ia menyakitkan mereka dan saya. Terutama apabila kamu tahu apa yang diberitahu adalah tidak benar.

“Lutut saya tiada masalah. Saya menjalani ujian perubatan di Clairefontaine (Pusat Latihan Kebangsaan Perancis) dan masalah mengenai lutut langsung tidak disebut.

“Jika lutut saya berada dalam keadaan yang cukup teruk, mengapa Aulas (Pengerusi Lyon, Jean-Michel) melakukannya (mengemukakan tawaran yang besar untuk mengekalkannya)?

“Tetapi perkara yang paling buruk adalah apabila ada orang berkata ia tidak menjadi kenyataan disebabkan oleh keluarga saya. Ia penipuan. Tetapi kamu perlu mengharunginya. Kamu mahukan kebenaran? Saya pun tidak tahu.

“Saya boleh berjanji kepada kamu. Saya melakukan ujian perubatan dan kemudian (Liverpool) memutuskan untuk tidak menandatangani saya. Pada satu ketika, mereka mahu saya percaya ia adalah disebabkan oleh lutut saya, kerana perlu ada alasan untuk melakukannya.

“Ujian perubatan yang saya buat di Clairefontaine amat jelas, lutut saya tidak bermasalah dan saya merasa cukup baik. Tiada sebarang isu dengan lutut saya.” – Agensi

Komen & Pendapat

Comments are closed.