Membawang Hari Ini

Lufya Beri Bayangan Pernah Dipukul Suami?

Nampaknya pergolakkan rumah tangga Lufya Omar dan suami masih berterusan. Terbaru Lufya seakan mendedahkan pernah dipukul suami ketika hamil. Tidak menceritakan secara jelas, Lufya berkongsi perbualannya dengan seorang wanita yang turut mengalami nasib yang sama.

Menerusi perbualan itu, Lufya berkongsi perbualan bersama wanita terbabit berserta gambar kecederaan akibat dipukul suami. Malah wanita itu juga sempat meminta Lufya menyimpan gambar itu dari pengetahuan suaminya.

Dalam masa sama, wanita lain juga turut sama berkongsi masalah yang sama. Lebih menjadi tanda tanya, kenyataan Lufya yang seakan bersetuju sekaligus menggambarkan dirinya juga pernah dipukul suami ketika hamil.

Jelas Lufya, beliau mengakui menerima banyak aduan serta gambar kecederaan daripada wanita-wanita yang dipukul suami. Lufya berkata, lelaki seperti ini selalunya bersembunyi disebalik raut wajah yang lembut.

Dalam entri yang sama, Lufya turut memberi nasihat buat kaum wanita yang ditindas dan dipukul oleh suami. Buat wanita diluar sana, tolong jangan takut untuk tampil dan membuat laporan polis. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");