Sukan Hari Ini

Luqman Hakim Sah Berkelana Ke Belgium

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium, KV Kortrijk.

Bagaimanapun, kontrak itu hanya akan dimaterai Mac tahun depan selepas Luqman berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, bermula daripada Januari hingga Mac, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akan berlatih bersama satu lagi kelab milik ahli perniagaan negara, Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkhabaran ini jadi penanda aras kepada pemain muda di negara ini memetik laporan BHarian.

“Bukan saja untuk Luqman tetapi untuk adik-adik lain yang sedang menjalani latihan. Terima kasih Tan Sri Vincent atas sokongan ini.

“Ia bukan saja terletak di tangan beberapa pihak tetapi semua orang termasuk ahli perniagaan untuk bawa Malaysia ke pentas tertinggi. Untuk Luqman, saya ucapkan tahniah dan jangan berhenti berlatih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");