Perak Hari Ini

LWOT Rai Pengamal Media Dengan Aktiviti Lasak Dalam Suasana ‘Glamping’

IPOH- Sepanjang dua hari satu malam, para pengamal media di negeri ini telah dirai oleh pihak Sunway Lost World of Tambun (LWOT) dengan aktiviti menarik yang mencabar ketahan fizikal dan mental melalui program Media Perak Fun Day sebagai tanda menghargai Kelab Kebajikan Media Perak.

Pengarah Operasinya, Brian S. Francis berkata, media tempatan telah banyak membantu pihaknya dalam mencapai matlamat dan berharap dengan kerjasama erat yang terjalin akan memberi lebih banyak peluang agar dapat mengembangkan taman tema ini ke arena antarabangsa.

Antara pengalaman yang paling menarik berada di LWOT sepanjang dua hari adalah dengan menyertai aktiviti ‘Glamping’ di mana Glamping merupakan singkatan dari perkataan ‘Glamorous and Camping’.

Kata Brian, pengunjung akan dapat melihat dari luar adanya khemah-khemah tetapi didalamnya seolah-olah berada di dalam hotel lima bintang kerana pihak pengurusan penggunakan perabot-perabot hotel yang mana ‘Glamping’ merupakan satu-satunya perkhemahan di dalam taman tema.

“Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak yang lain, mereka turut diberi pilihan tambahan mengikut pakej-pakej yang disediakan di samping adanya rumah di atas air sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung bagi merasai suasana berkhemah tetapi dalam suasana yang selesa,” katanya.

“Kami menyediakan pakej ‘Glamping’ di mana terdapat sebanyak tujuh buah khemah yang mana menggabungkan konsep tradisional dan moden di luar dan dalam dengan suasana yang begitu selesa kerana fokus diberi khusus kepada aktiviti kekeluargaan,” katanya

Tambah beliau, selain dari aktiviti lasak, kelainan LWOT adalah mereka mempunyai taman tema yang merangkumi 87 jenis aterasi iaitu ‘dry park’, ‘advanture park’, aktiviti team building dan sebagainya.

Dalam pada itu, pengalaman ketahanan fizikal para pengamal media diuji dengan menaiki anak tangga sebanyak 630 langkah yang membawa masuk terus ke Gua Datok di mana perjalanan mengambil masa kurang dari tiga jam untuk dapat melihat pemandangan dari atas gua.

Setelah selesai aktiviti kering, cabaran di dalam air turut diharungi atau lebih dikenali sebagai ‘Triple X Challange’ di mana semangat kerjasama sesama ahli pasukan amat diperlukan bagi menyelesaikan cabaran-cabaran X yang mana aktiviti di dalam air tidak kurang menariknya sebelum berakhirnya aktiviti hari pertama.

Pengamal media juga dihidangkan dengan jamuan bbq pada sebelah malam yang mana pakej berkenaan akan disertakan jika pengunjung ingin menambah aktiviti pada malam hari disamping menonton pertunjukan api di kawasan taman tema.

Hari berikutnya turut menguji ketahanan fizikal para pengamal media apabila menyertai aktiviti ‘Sixth Miles Tunnel’ iaitu aktiviti penerokaan gua yang paling menyeronokkan dimana pengunjung akan melalui kawasan gua yang berair sehingga boleh mencecah paras dada sehingga ke penghujung gua.

Sepanjang penerokaan gua, para pengamal media dibekalkan dengan lampu suluh kecil, topi keselamatan, jaket keselamatan, air mineral dan makanan ringan.

Setelah selesai aktiviti di gua, pengamal media turut berpeluang mengharungi cabaran ‘Via Feratta with Abseil’ iaitu aktiviti mendaki dinding batu yang mana begitu mencabar mental dan fizikal tetapi cabaran berkenaan berjaya diselesaikan dengan bantuan dari mereka yang mahir di mana aspek keselamatan pengunjung amat diutamakan.

Para pengamal media bukan sahaja berpuas hati dengan aktiviti yang disusun oleh pihak LWOT malahan turut mendapat suatu pengalaman diluar bidang kerja disamping dapat merehatkan diri dari kesibukan kerja.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman pengamal media berkehmah didalam suasana hotel lima bintang disamping pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan boleh terus ke kaunter Glamping atau melayari laman sesawang LWOT di https://sunwaylostworldoftambun.com/lost-world-adventure-park/

Dalam pada itu kata Presiden Kelab Sukan dan Kebajikannya, Rosli Mansor berkata kerjasama tersebut telah memberi peluang kepada kelab media dalam aktiviti sukan malahan memberi peluang untuk melepaskan tekanan kerja disamping melakukan aktiviti riadah.

Seramai 22 orang pengamal media termasuk blogger tempatan telah mengikuti program Media Perak Fun Day dan merasai pengalaman hebat dari pihak LWOT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");