Sukan Hari Ini

Malaysia belasah Indonesia 10-0 saingan Universiti Asia

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Universiti Malaysia cemerlang apabila membelasah Indonesia 10-0 pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia (AUFT) 2019 di Taipei.

Keputusan itu adalah kekalahan kedua terbesar buat negara berkenaan selepas turut dibelasah 11-0 dalam perlawanan pertama menentang Oman, kelmarin.

Terdahulu, sekali pun seri tanpa jaringan dengan Oman, skuad negara masih gagal untuk ke kelompok empat terbaik kerana hanya juara kumpulan layak ke separuh akhir.

Pada perlawanan dengan Indonesia, skuad negara perlu menang dengan 12 gol tanpa balas bagi mengesahkan status selaku juara kumpulan.

Bagaimanapun, pengurus negara, Mohd Farid Dewan berkata beliau tetap bangga dengan prestasi dipamerkan anak buahnya.

“Saya akui ini pasukan terkuat yang pernah kami bentuk dan pencapaian kali ini yang terbaik sejak 2016.

“Walaupun sedikit kecewa gagal layak ke separuh akhir tetapi saya bangga dengan pemain Universiti Malaysia yang turut mendapat pujian daripada AUFF,” katanya.

Ia sekali gus menyaksikan skuad negara hanya akan beraksi memburu tempat kelima hingga kelapan terbaik kejohanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");