Perak Hari Ini

MB Perak Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berani dan menjadi wira negara.

“Hari ini seluruh negara amat bersedih dengan pemergian allahyarham Mejar Mohd Zahir yang telah meninggal dunia atas satu kemalangan program di Sabah.

“Saya berasa begitu sedih atas kehilangan yang saya anggap sebagai seorang yang berani.

“Kita faham bahawa latihan sebegitu telah selalu Allahyarham dan rakan rakan lain lakukan dan ini semua dilakukan bukan untuk menunjukkan kehebatan diri mereka tapi ini untuk memperkemaskan kecekapan mereka.

“Semangat yang ditunjukkan oleh Allahyarham sentiasa saya kenang dan saya doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh,”katanya kepada pemberita di Taman Perpaduan, di sini, hari ini.

Jenazah tiba di rumah ibu mertuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, di sini, kira-kira jam 5.45 pagi dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.

Hujan renyai mengiringi Solat Subuh berjemaah dan majlis bacaan tahlil ringkas yang disertai kira-kira 2,000 orang ahli keluarga, kenalan serta para pegawai dan anggota Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM).

Selain Menteri Besar, antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Munaim; Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malek Razak Sulaiman; wakil dari Jabatan Arah Ge­rak Khas, Kementerian Pertahanan, dan wakil Markas 21 Grup Gerak Khas (GGK).

Mejar Zahir Armaya yang merupakan pegawai komando dari 11 GGK dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada pukul 9.30 pagi, pada Rabu.

Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.

Mejar Mohd. Zahir merupakan anak daripada perkahwinan pengarah dan pelakon AR Badul atau Armaya Aman Ramlie dengan isteri ketiganya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");