Perak Hari Ini

MBI Johan Kawad Sempena Hari Kebangsaan Negeri Perak 2019

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya muncul johan bagi dua kategori pada pada acara perbarisan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dataran Warisan Taiping pada Ahad.

Selain itu, MBI turut diumumkan sebagai johan Kawad Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta & Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta johan Kategori Pakaian Terbaik.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi memberitahu, kontinjen yang terdiri daripada 57 pegawai dan petugas daripada pelbagai jabatan dalam MBI itu yang telah memulakan latihan sejak sebulan lalu.

Katanya, kejayaan merangkul dua kemenangan itu mengulangi pencapaian sama pada tahun lalu manakala sebelumnya juara pakaian terbaik dan tempat kedua kategori kawad.

“Pakaian peserta perbarisan adalah hasil rekaan pereka dalaman MBI, Faridah Abd. Aziz yang menampilkan konsep gaya hidup gemilang dan kreatif menggambarkan Jalur Gemilang serta busana tradisional lengkap dengan tanjak dan kain samping.

“Rekaannya juga kelihatan futuristik melambangkan teknologi dan masa hadapan manakala bintang berbucu 14 pada bahagian dada dengan logo MBI pula melambangkan kesatuan,” ujar beliau sebagaimana yang dipetik laporan Utusan Online.

Katanya lagi, kejayaan tersebut juga hasil sokongan padu daripada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Kemenangan itu telah menyaksikan kontinjen MBI berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 bagi setiap kategori serta sijil yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");