Sukan Hari Ini

Melaka Bayar Gaji Bulan Ini – Adly

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) akan melangsaikan tunggakan gaji kepada pemain secara berperingkat bermula bulan ini.

Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, bayaran sebulan gaji akan mula dilunaskan hujung bulan ini membabitkan kos kira-kira RM1 juta.

Beliau turut menepis khabar angin kononnya bayaran gaji tertunggak mencecah lima bulan sedangkan tunggakan hanya tiga bulan.

“Saya kecewa apabila ada yang mendakwa gaji pemain tidak dibayar sehingga lima bulan, ia tidak benar kerana tunggakan sebenar adalah tiga bulan.

“Kekangan yang kita hadapi sekarang adalah bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak sejak tahun lalu dan kita berusaha melunaskannya secara berperingkat berserta bayaran gaji menjelang hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Negeri sempena Konvensyen Pengembangan dan Hari Inovasi Veterinar di A’ Famosa Resort, di Alor, malam tadi, lapor Harian Metro.

Isu tunggakan gaji pemain kembali menjadi perbincangan hangat selepas ketua pasukan MU, Shukor Adan memuat naik satu gambar di laman sosial Instagram miliknya, lima hari lalu dengan keterangan gambar mengenai bebanan pemain yang masih belum menerima bayaran gaji.

Gambar barisan pemain MU yang dimuat naik itu disertakan keterangan “Alhamdulillah layak ke suku akhir. Terima kasih kepada penyokong atas sokongan dan terima kasih juga kepada pemain Melaka United yang bermain bermati-matian walaupun terbeban dengan masalah gaji yang masih belum dibayar.

“Kelmarin, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berjanji akan berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji yang menyelubungi pasukan itu.

Beliau dilaporkan berkata, kelewatan pembayaran gaji yang dihadapi itu, berikutan terdapat penaja yang masih belum menyelesaikan komitmen tajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");