Sukan Hari Ini

Meriah Macam Final!

JAKARTA: Macam final Piala AFF! Itu gambaran bagi aksi pembukaan Kumpulan G kempen Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Indonesia dan Malaysia, malam ini.

Apa tidaknya, puluhan ribu penyokong membanjiri Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta bagi menyaksikan pertembungan dua pasukan Asia Tenggara itu.

Di sebalik puluhan ribuan penyokong tuan rumah, terselit juga ‘ekor harimau’ atau peminat Harimau Malaya yang tidak ketinggalan berkunjung ke gelanggang keramat skuad Garuda untuk memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Malaysia mendakwa dibaling objek oleh kumpulan penyokong Indonesia sebaik tiba di stadium.

Selepas berdepan Indonesia, skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kedua Kumpulan G berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September ini lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");