Berita Hari Ini

Muhasabah Diri, MP Lembah Pantai Mohon Maaf

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memohon maaf atas tindakannya memuat naik status di Twitter mengenai sebuah kereta uzur di jalan raya.

Status pada jam 3.27 petang semalam memaparkan sebuah Proton Wira dalam keadaan kemek pada bahagian belakang kereta itu disertakan tulisan ‘A – kereta ni macam kereta perang. B – cukup sifat ni dan C – Ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni.’

Fahmi memadamkan status berkenaan beberapa jam sebelum meminta maaf setelah menyedari tulisannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Setelah meneliti maklum balas dan komen-komen netizen dan setelah muhasabah dan berfikir panjang, saya akui Tweet tersebut tidak patut ditulis dan saya ingin memohon maaf.

“Seharusnya saya lebih sensitif, “ tulisnya menerusi Twitter berkenaan.

Tindakan Fahmi Fadzil memuat naik status di Twitter itu mendapat kecaman ramai yang menganggap gurauan itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang wakil rakyat.

Beberapa pengguna Twitter mencadangkan supaya Fahmi bertemu pemilik kereta berkenaan membuat permohonan maaf dan membantu apa yang perlu lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");