Perak Hari Ini

Nafas Baru ‘Kem PLKN’ Kepada ‘Pusat Riadah’

IPOH- Pusat riadah Sentosa Eco Park merupakan satu-satunya Kem PKLN di negeri Perak yang diberi nafas baru selepas program tersebut dimansuhkan secara rasmi pada Ogos 2018.

Sentosa Eco Park, Chenderiang, Tapah, dahulunya dikenali sebagai Kem PLKN Sentosa Chenderiang yang mana telah dibina pada awal September 2004.

Pusat riadah tersebut dibina dengan keluasan 25 ekar yang menempatkan blok-blok penginapan, pejabat pengurusan, bilik kuliah, padang rekreasi, dewan makan, padang kawad dan lain-lain lagi bagi aktiviti luar pelajar.

Kawasan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perkampungan orang asli iaitu Kampung Orang Asli Sungai Cincin dan terletak lebih kurang 20 meter di kiri dan kanan kawasan tersebut dikepung oleh 2 jeram yang airnya begitu bersih dan jernih serta sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan.

Kawasan yang strategik dengan kemudahan serba lengkap membuatkan pusat riadah tersebut menjadi pilihan sekolah serta institusi bagi menjalankan kursus serta aktiviti di luar dewan kuliah disamping dapat memuatkan kapasiti tetamu seramai 600 orang dalam satu masa.

Pengunjung juga dijemput untuk mengalami sendiri pengalaman berkursus yang dikelilingi alam semulajadi dan fasiliti sukan lasak seperti berkayak, abseiling, Flying Fox dan jungle trekking.

Antara kemudahan yang disediakan adalah surau, asrama serta Homestay, dewan makan dan dewan seminar, sistem suara, padang, padang futsal serta gelanggang sukan, kedai runcit, bilik kuliah dan kemudahan dobi.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah merasmikan Sentosa Eco Park sekaligus menzahirkan ucapan tahniah di atas kejayaan pihak kem kerana penaiktarafan kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berharap dengan adanya sebuah pusat latihan dan pelancongan seperti Sentosa Eco Park, ia akan turut memberi limpahan kepada penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan di sekitar kawasan Kampung Sungai Cincin.

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus melayari Facebook Sentosa Eco Park atau berhubung terus dengan Azizul ditalian 0163306028.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");