Berita Hari Ini

Najib Ada Kuasa, Pengaruh Untuk Kacau Hidup Saya – Amhari Efendi

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin menyifatkan Najib ada kuasa dan pengaruh untuk mewujudkan kekacauan dalam hidupnya.

Amhari Efendi, 43, berkata walaupun tidak merasakan ancaman langsung secara peribadi daripada Najib, beliau (Najib) selaku Perdana Menteri ketika itu ada kuasa untuk berbuat demikian.

Amhari Efendi berkata demikian ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Amhari Efendi berkata, beliau menerima ancaman daripada pihak berkepentingan dalam perbicaraan kes berprofil tinggi itu yang turut dikenali dengan nama ‘Perbicaraan Tanore’.

Menjawab soalan Sri Ram, apa yang dimaksudkan dengan ancaman, Amhari Efendi menjawab, ‘Saya tersepit di tengah.”

“Dalam situasi sekarang, tak kira apa yang dilakukan, saya akan tetap berdepan dengan ancaman.

“Saya menganggap diri saya tersepit di tengah-tengah, sebab apabila ditanya mengenai ancaman, setiap pilihan akan terdapat ancaman.

“Apa yang saya lakukan adalah berpegang kepada agama untuk menyelamatkan saya,” katanya.

Sri Ram: Ancaman daripada siapa?

Amhari: Mereka yang berkepentingan dalam kes ini.

Sri Ram: Adakah salah satu yang berkepentingan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Adakah termasuk itu?

Amhari: Tidak

Sri Ram: Jadi siapa?

Amhari: Sama ada kerajaan sekarang atau yang memerintah sebelum ini.

Sri Ram: Anda pernah menyatakan ‘demi menghormati bos saya’ apa yang anda maksudkan?

Amhari: Saya tidak merasakan terdapat ancaman peribadi daripada Najib. Tetapi sebagai Perdana Menteri (ketika itu), beliau memiliki kuasa yang diperlukan untuk mewujudkan ketidakstabilan (dalam hidup saya). Saya bercakap ini secara sopan.

Sri Ram: Apa yang dimaksudkan dengan ketidakstabilan?

Amhari: Kepada kehidupan saya, kerana seorang Perdana Menteri boleh melakukan banyak perkara dan mempunyai sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");