Panasnya Hari Ini
Like

Najib Sakit Mata, Perbicaraan 1MDB Ditangguhkan

September 11, 2019
268 Views
0 Comments
1 minute read
Najib Sakit Mata, Perbicaraan 1MDB Ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes ‘1MDB-Tanore’ melibatkan Datuk Najib Razak yang sepatutnya memasuki hari ketujuh hari ini, ditangguhkan selepas peguam beliau Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bekas Perdana Menteri itu mengalami konjunktivitis.

Muhammad Shafee berkata, setakat pagi ini, Najib belum lagi pergi ke klinik mata, namun beliau menjangkakan anak guamnya akan mendapat sijil cuti sakit (MC) untuk tempoh satu hingga dua hari.

“Semalam anak guam saya pergi ke perjumpaan di luar, dan beliau terus mengalami sakit mata. Tambahan pula dengan keadaan berjerebu di luar,” katanya ketika perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Muhammad Shafee berkata, sekiranya Najib mendapat sijil cuti sakit hanya untuk sehari, mereka tiada masalah untuk meneruskan perbicaraan esok.

Bagaimanapun, sekiranya MC itu diberi untuk tempoh dua hari, beliau memohon agar perbicaraan ditangguhkan ke Selasa depan memandangkan tempoh perbicaraan sebelum ini ditetapkan hanya dari Isnin sehingga Khamis.

Selain itu, hari Isnin depan telah ditetapkan sebagai cuti umum memandangkan ia jatuh pada 16 September, iaitu Hari Malaysia.

Barisan pendakwa raya yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, mereka tiada masalah dengan permohonan berkenaan.

Hakim kemudian meminta agar kedua dua pihak bersedia untuk meneruskan pendengaran pada dua Jumaat akan datang, sebelum menangguhkan perbicaraan lapor Astri Awani.

Komen & Pendapat

Comments are closed.