Sukan Hari Ini

Pahang Mahu Kekal Momentum Di Ipoh

KUANTAN: Tiada istilah `makan angin’ buat skuad Pahang apabila berdepan Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Sebaliknya, skuad kendalian Dollah Salleh itu mahu mempertahankan rekod tanpa kalah sepanjang saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia.

Justeru, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan mengharapkan momentum empat kemenangan yang direkodkan sebelum ini diteruskan.

“Memang Pahang sudah layak ke suku akhir tetapi kami akan memastikan kunjungan ke Ipoh akan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Tok Gajah.

“Segalanya diharap menjadi biarpun saingan Piala Malaysia berehat selama tiga minggu,” kata Dollah.

Beliau berkata, berdasarkan komitmen sepanjang latihan, semua pemain kecuali mereka yang menyarung jersi skuad negara begitu komited terhadap pasukan.

Katanya, semangat itu diharap dapat diperagakan dengan cemerlang untuk meneruskan rentak kemenangan dalam dua baki perlawanan.

“Saya jangkakan saingan sengit bakal dihadapi pemain kerana Perak mahukan kemenangan untuk mengisi satu lagi slot ke suku akhir dalam Kumpulan C.

“Biarpun Pahang sudah mengesahkan tempat, ia tidak bermakna kami membenarkan tuan rumah mengutip mata mudah.

“Kemenangan perlu untuk mengekalkan persembahan konsisten sebelum berdepan lawan lebih getir di suku akhir nanti,” katanya.

Perebutan satu lagi slot dalam Kumpulan C kini membabitkan tiga pasukan iaitu Perak, Pulau Pinang dan Sabah lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");