Perak Hari Ini

Pergolakan DAP Perak Tidak Beri Kesan Kepada Kerajaan Negeri

IPOH: Pergolakan yang berlaku terhadap parti DAP Perak tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri, kata Exco Kerajaan Perak, Asmuni Awi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata masalah tersebut hanya melibatkan dalaman parti tersebut dan tidak menjejaskan perjalanan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Yang berlalu itu dalam DAP apabila ada yang meletakkan jawatan masing-masing dalam parti. Namun, mereka tetap bersama dalam parti mereka dan masih juga bersama kerajaan.

“Kita masih kukuh dan ia tidak beri kesan. Mesyuarat Exco berjalan lancar dan begitu juga program-program kerajaan.

“Para wakil rakyat juga dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Jadi saya tak nampak pergolakan kecil itu akan menjejaskan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Merdeka Fun Run 4km Peringkat Zon Chemor, bempena Sambutan Kemerdekaan @ Komuniti di Dewan Komuniti Klebang Restu, dekat sini pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Bendahari DAP Perak manakala Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih pula meletakkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP Negeri.

Peletakan jawatan mereka itu dibuat kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kedudukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Keong yang sedang menghadapi tuduhan merogol pembantu rumahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");