Berita Hari Ini

Perubahan, Penggabungan Program Pengajian Bagi Penuhi Keperluan Semasa – UTM

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjelaskan semua program akademik di institusi itu sentiasa melalui proses semakan kurikulum bagi memastikan setiap kursus ditawarkan memenuhi keperluan semasa.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof Ir Dr Zainuddin Abdul Manan, berkata semakan itu mengambil kira perkembangan teknologi serta trend pembelajaran abad ke-21 yang menekankan sinergi pelbagai bidang selain keperluan dan permintaan industri.

“Proses semakan kurikulum ini membabitkan semua pihak termasuk fakulti, pakar akademik, Jawatankuasa Akademik Serta Kualiti UTM, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), kementerian, pertubuhan profesional serta penasihat industri di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan BH, semalam berhubung Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menggugurkan 38 program akademik, kebanyakannya sains dan kejuruteraan peringkat sarjana muda dan sarjana di 19 universiti awam kerana tidak relevan dengan keperluan semasa industri dan masa depan graduan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana bidang pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda terbabit, tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik

kepada graduan sejajar permintaan semasa industri.

Laporan itu turut menunjukkan UTM menggugurkan dua kursus iaitu Kejuruteraan (Elektrik Telekomunikasi) dan Sains Komputer (Komputeran Industri)

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, kedua-dua kursus terbabit adalah antara program pengajian yang sudah melalui proses semakan kurikulum dan didapati perlu ditambah baik dengan memberi penekanan kepada pembelajaran abad ke-21 yang menjurus kepada kepelbagaian bidang dan keperluan semasa industri termasuk perkembangan Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Program Elektrik Telekomunikasi (SKET) disinergikan dengan program Kejuruteraan Elektrik (SEEE) dan Elektrik Elektronik (SEEL) dengan menjadikan pelbagai kursus (di dalam) SKET sebagai kursus pilihan.

“Begitu juga dengan program Sains Komputer (Komputeran Industri) yang sudah dikemas kini dan disinergikan dengan kursus lain yang lebih menepati keperluan semasa seperti Kejuruteraan Perisian, Sains Data dan Kejuruteraan Data,” katanya.

Beliau berkata, perubahan itu bermakna, program asal Kejuruteraan (Elektrik Telekomunikasi) dan Sains Komputer (Komputeran Industri) tidak lagi ditawarkan dalam bentuk asal selepas ditambah baik dan digabungkan dengan program lain.

Katanya, perubahan terhadap dua kursus itu tidak menjejaskan graduan kerana semua penuntut program terbabit sudah menamatkan pengajian lapor BHaarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");