Perak Hari Ini

Pesta Tanglung Meriah

IPOH: Kawasan taman awam di Taman Pinggir Sungai Pinji, di sini meriah apabila diterangi cahaya berwarna-warni tanglung yang di pasang di sekitar taman tersebut malam tadi.

Ia bersempena dengan penganjuran Pesta Tanglung Pasir Pinji yang di adakan di sini bersempena dengan perayaan Kuih Bulan yang jatuh pada hari ke-15 bulan kelapan pada kalendar Cina.

Acara yang dihadiri sekitar 500 penduduk setempat itu disempurnakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh serta Adun Pasir Pinji Howard Lee Chuan How.

 

Pada Pesta Tanglung tersebut, Howard dan Kah Woh turut beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.

Pelbagai acara yang menarik pada sambutan tersebut telah diadakan antaranya persembahan kebudayaan masyarakat Cina seperti nyanyian dan tarian, gerai jualan makanan, acara mewarna kuih tradisional dan sebagainya.

Acara kemuncaknya ialah perarakan tanglung dan kenderaan berhias yang berlangsung di sekitar pekan Pinji selain disertai pertunjukkan bunga api.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");