Perak Hari Ini

PKEINPk Jalin Kerjasama Dengan Tiga Syarikat Swasta

IPOH: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) Sdn Bhd (PSB) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bersama tiga syarikat swasta bagi membangunkan sebuah lot tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Meru Raya, hari ini.

Syarikat tersebut ialah, Selgate Corporation Sdn Bhd; Raudhah City Sdn Bhd; dan (UiTM) Holdings Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PSB, Abdul Rahman Abdullah Thani dalam ucapannya berkata kawasan di Meru Raya itu berpotensi menjadi hab pendidikan dan kesihatan.

“PSB selaku anak syarikat MAIPk telah melaksanakan perniagaan dalam bidang perladangan, hartanah dan kesihatan.

“PSB kini sedang menguruskan beberapa projek pembangunan hartanah di negeri ini termasuk pembangunan tanah wakaf dan tanah baitulmal yang diselenggarakan MAIPk.

“Syarikat akan menjalinkan usaha sama pembangunan dengan beberapa pihak yang berminat untuk membangunkan sektor perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan serta pembangunan hartanah,” katanya, di sini, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini itu dihadiri Pegawai Khas Menteri Besar Perak; Khairul Shahril Amin; Pengerusi Lembaga Pengarah PSB, Datuk Dr Mohamad Hashim Ahmad Tajudin; Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");