Sukan Hari Ini

PKNP Hormat Keputusan MFL

KUALA LUMPUR – Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, dia menghormati keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menunda perlawanan melibatkan pasukannya dengan Petaling Jaya (PJ) City dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, katanya ini kerana ramai anak-anak buah K. Devan termasuk pegawai pasukan tersebut masih dalam tempoh arahan isolasi dan kuarantin akibat wabak Influenza B.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu akan dipinda ke Ahad ini.

“Saya menghormati keputusan yang dikeluarkan oleh MFL ini demi semangat kesukanan kepada PJ City kerana ramai pemainnya sedang menghadapi masalah kesihatan berkaitan Influenza.

“Biarpun penundaan ini sudah masuk kali kedua, kami faham dan akur dengan apa diputuskan MFL selepas mengambil kira keadaan pasukan lawan.

“Sudah pasti, kedua-dua pasukan mahu yang terbaik untuk pasukan masing-masing terutama pada aksi paling penting bagi memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia,” jelasnya.

Perlawanan tersebut merupakan pindaan kedua daripada MFL, yang sebelum ini mengumumkan perlawanan terakhir Kumpulan B membabitkan kedua-dua pasukan itu pada Selasa lalu ditunda ke hari ini susulan pemain PJ City dijangkiti virus Influenza B.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");