Berita Hari Ini

Polis Akan Muktamad Siasatan Ramasamy Didakwa Ada Kaitan Pemberontak Sri Lanka

KUALA LUMPUR: Polis akan mengumumkan hasil siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Keputusan akan dibuat dalam sikit masa lagi,” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador kepada wartawan hari ini.

“Perbuatan itu sekiranya benar menagung-agungkan satu pertubuhan pengganas, amat tak kena dengan negara kita.”

Tahun lalu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan pengkritik lantang Ramasamy, menggesa pihak berkuasa menyiasat kaitan pemimpin DAP itu dengan LTTE, kumpulan yang diklasifikasikan organisasi pengganas oleh lebih 30 negara, termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Asri kemudiannya berkongsi sekeping gambar menunjukkan Ramasamy memberi penghormatan kepada imej satu simbol LTTE. Berpuluh laporan polis kemudiannya dibuat terhadap beliau.

Ramasamy kemudiannya menjelaskan beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE yang didakwanya bukan sebahagian dariapda kumpulan pemberontak itu di sebalik perang saudara selama sedekad yang memusnahkan Sri Lanka.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan Sri Lanka selepas satu perjanjian damai dimeterai antara Colombo dan LTTE.

Julai tahun lalu, polis menyoal siasat Ramasamy atas dakwaan hubungannya dengan kumpulan pemberontak itu lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");