Berita Hari Ini

Polis: Farhash Perlu Segera Tampil Bantu Siasatan

Polis mengulang gesaan supaya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tampil membantu siasatan kejadian merusuh dengan senjata pada 31 Ogos lalu di Ampang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata tiga suspek telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 11.40 pagi tadi, manakala Farhash masih tidak dapat dikesan.

“Sementara itu suspek utama Farhash Wafa Salvador masih gagal dikesan dan diarahkan untuk segera tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil lagi, ketiga-tiga suspek yang menyerah diri merupakan jurulatih Muay Thai berusia antara 26 dan 35 tahun.

“Ketiga-tiga mereka akan direman untuk siasatan lanjut.

“Salah seorang dari suspek Melayu tersebut mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah serta disenaraikan wanted oleh IPD Cheras berkaitan kes dadah.

“Manakala dua lagi lelaki tiada sebarang rekod jenayah,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, pihak polis menggesa supaya Farhash tampil membantu siasatan dan Farhash telah berjanji untuk memebrikan kerjasama tetapi tidak menyatakan waktu untuk bertemu pihak polis.

Dalam kenyataannya pagi ini, Farhash mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah melibatkan keluarganya.

Semalam, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut berkata kira-kira 12 hingga 14 lelaki terlibat dalam insiden itu.

Katanya, kejadian bermula apabila suspek terserempak dengan pengadu di kompleks berkenaan dan terus menolak muka pengadu.

Menurut Fadzil pengadu diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi, meskipun tiga daripada sahabatnya cuba menghentikan kejadian itu.

Kejadian itu menyebabkan pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.

Semalam, Farhash yang juga pengerusi PKR Perak pula dilaporkan berkata mesej tular mendakwa bahawa dia terlibat dalam pergaduhan adalah fitnah oleh seteru politiknya.

Mesej berkenaan tular di media sosial mendakwa Farhash ditangkap berhubung pergaduhan di luar gimnasium di Ampang pada 31 Ogos dan telah memukul seorang lelaki kerana tidak berpuas hati selepas kalah dalam kes mahkamah yang melibatkan lelaki itu.

Laporan itu memetik Farhash mendakwa bahawa tuduhan itu tidak benar.

Setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul juga dipetik berkata mempertahankan Farhash.

“Kejadian yang dikatakan dalam mesej itu tidak benar,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");