Berita Hari Ini

Polis Indonesia Namakan 249 Suspek Kebakaran Hutan

JAKARTA: Polis Indonesia menamakan 249 suspek bagi kebakaran hutan ketika anggota bomba yang keletihan bertugas dalam masa panjang untuk memadamkan api dan ribuan lagi menderita penyakit berkaitan jerebu.

Jurucakap polis, Inspektor Jeneral Muhammad Iqbal, berkata enam syarikat juga dinamakan suspek dalam bencana itu.

“Bilangan pasti akan meningkat kerana siasatan masih berterusan,” kata Iqbal.

Sementara itu di Jambi, antara wilayah paling teruk terjejas, anggota bomba jelas keletihan ketika berehat di dalam khemah yang didirikan di kampung Puding.

Memetik Astri Awani sekurang-kurangnya 100 kakitangan daripada jabatan polis, tentera dan agensi mitigasi bencana tempatan bekerjasama memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambar seluas beberapa hektar yang cuma tiga kilometer dari kampung itu.

“Berada dalam rumah yang selesa bersama isteri dan anak saya adalah impian saya setiap malam,” kata seorang anggota bomba, Indra.

Tukang masak di pos kawalan, Kasmawati, berkata beliau menyediakan hidangan kepada anggota bomba sejak dua minggu lalu.

“Keadaan agak sibuk di sini. Saya menyediakan 400 bungkus makanan setiap hari,” katanya yang jarang mengambil cuti kepada bebanan tugas.

Sementara Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji, meminta maaf kepada penduduk menerusi akaun Facebook.

“Saya, bercakap bagi pihak kerajaan, meminta maaf di atas keadaan amat tidak sihat disebabkan kebakaran hutan,” katanya, menambah lebih 100 syarikat diberi amaran berhubung kemungkinan pembabitan mereka dalam kebakaran dan 40 lagi ditutup. — Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");